1.Beri ruang-Jika dia merajuk berilah ruang untuk dia menenangkan perasaan dulu.
2.Pujuk-Cuba pujuk si dia apabila marahnya reda. Pastikan tunjuk keihlasan kita semasa memujuk .
3.Mengaku bersalah-jika kemarahan dan rajuknya berpunca dari kesalahan kamu lebih baik kamu mengaku bersalah dan meminta maaf darinya.
4.Hadiah-Berikan hadiah kepadanya sebagai cara menunjukkan kamu sangat menyayanginya.
5.Gurauan-Cuba bergurau dengannya dengan lawak yang biasa kamu buat dengannya. Mana tau hatinya terhibur dan dia akan baik dari rajuknya
6.Buat-buat merajuk-jika puas memujuk tak jalan juga apa kata kamu pula buat-buat merajuk. Jika dia sayang kamu pasti dia akan rasa bersalah merajuk lama-lama dan akan memujuk kamu pula.
7.Pegang tangannya-Pegang erat tangannya dan genggam kuat-kuat sambil memujuk. Wanita akan kalah jika lelaki yang dia sayang lakukan sebegitu. Cepat saja hatinya akan cair.
8. Bunga-Berikan dia bunga agar dia tersenyum kembali. Tiada wanita yang tak suka pada bunga terutama dari insan kesayangannya walau pun dia sedang merajuk sekalipun.
9.Ingatkan Kenangan Lalu-Ingatkan dia kenangan manis yang lalu antara kamu dan dia. Secara automatik dia akan tersenyum dan kembali baik dari rajuknya.
10.Minta Bantuan Orang Tengah-Minta bantuan orang tengah untuk membantu kamu memujuk dia. Mungkin ibunya, adik atau kawan baiknya dapat membantu kamu.
No comments:
Post a Comment