Sunday, 12 August 2012

oh wanita...

Ketika Allah menciptakan wanita ,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

Wednesday, 8 August 2012

what men should..

1.Beri ruang-Jika dia merajuk berilah ruang untuk dia menenangkan perasaan dulu.

2.Pujuk-Cuba pujuk si dia apabila marahnya reda. Pastikan tunjuk keihlasan kita semasa memujuk .

3.Mengaku bersalah-jika kemarahan dan rajuknya berpunca dari kesalahan kamu lebih baik kamu mengaku bersalah dan meminta maaf darinya.

4.Hadiah-Berikan hadiah kepadanya sebagai cara menunjukkan kamu sangat menyayanginya.

5.Gurauan-Cuba bergurau dengannya dengan lawak yang biasa kamu buat dengannya. Mana tau hatinya terhibur dan dia akan baik dari rajuknya

6.Buat-buat merajuk-jika puas memujuk tak jalan juga apa kata kamu pula buat-buat merajuk. Jika dia sayang kamu pasti dia akan rasa bersalah merajuk lama-lama dan akan memujuk kamu pula.

7.Pegang tangannya-Pegang erat tangannya dan genggam kuat-kuat sambil memujuk. Wanita akan kalah jika lelaki yang dia sayang lakukan sebegitu. Cepat saja hatinya akan cair.

8. Bunga-Berikan dia bunga agar dia tersenyum kembali. Tiada wanita yang tak suka pada bunga terutama dari insan kesayangannya walau pun dia sedang merajuk sekalipun.

9.Ingatkan Kenangan Lalu-Ingatkan dia kenangan manis yang lalu antara kamu dan dia. Secara automatik dia akan tersenyum dan kembali baik dari rajuknya.

10.Minta Bantuan Orang Tengah-Minta bantuan orang tengah untuk membantu kamu memujuk dia. Mungkin ibunya, adik atau kawan baiknya dapat membantu kamu.

what women alwayz...

ble tgk article nie tetiba rase nk post kt sini..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, 6 August 2012

jika aku..

Wahai lelaki,,duhai imam..


Jika benar  kau mencintaiku maka cintailah aku sepenuh hatimu..
Jika benar kau kasih dan cintakan aku, jagalah aku dengan baik..
kasihanilah aku, lindungilah aku, berilah kasih sayang padaku...
nasihatilah aku, bawalah aku ke jalan Allah..
perbetulkan kesilapanku, bersabar denganku, terimalah kekuranganku...
jadi imamku dan redalah padaNya..



beza n sama..

Perempuan...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.

Lelaki...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.
 
yang sama hanya EGO...
 

coretan ku...

Jika ada jodoh, kita akan bertemu,
Buat masa ini, biarlah kita berjauhan dulu,
Jika benar diriku dicipta untukmu dan dirimu dicipta untukku. Walau jauh mana, meskipun lama mana,
Kita kan tetap akan bersatu dengan ikatan yang sah dan di redhai Allah suatu hari nanti..
 

Di saat kte behenti dan melepaskan rasa cinta yang hadir pada seseorang bukan bererti kita sudah lelah dan penat...
tapi kerana dalamnya cinta itu pada dia, kita tahu tak mungkin akan bersama..
kita sedari bahagia itu tak mungkin seiring dengan pilihan kita
andai benar dia jodoh kita , walau jauh mana pun dia pergi , pasti dia akan datang semula bila tiba masanya nanti ..
 jangan risau , Allah dah rancangkan yang terbaik buat kita ..