Sunday, 31 August 2014

  TIP2 TUK MEMUTIHKAN GIGI..SELAMAT MENCUBA ;)

 

1. Memutihkan Gigi dengan Memakai Kayu Sugi

Memutihkan Gigi dengan Memakai Siwak

Merawat gigi juga dapat dilakukan dengan menggunakan kayu sugi. Cara ini sudah dilakukan kaum muslim sejak zaman dahulu untuk menjaga kebersihan dan kekuatan gigi. Semua dahan atau akar pohon boleh digunakan untuk bersugi jika memenuhi syarat iaitu lembut dan harus terjaga kebersihannya.


2. Memutihkan Gigi dengan Memakai Arang Kayu

Memutihkan Gigi dengan Memakai Arang Kayu

Tips memutihkan gigi selanjutnya adalah dengan menggunakan arang kayu.  Aneh memang, memutihkan gigi dengan benda yang jelas-jelas berwarna hitam. Cara ini memang termasuk cara yang tradisional namun berkesan menghilangkan warna kuning. Tapi Anda juga harus berhati-hati dalam memakai arang kayu, penggunaan secara berlebih dapat merosak enamel gigi dan menyebabkan rasa sakit pada gigi. Jadi lakukan sewajarnya saja.



3. Memutihkan Gigi dengan Kulit Oren

Memutihkan Gigi dengan Kulit Jeruk

Siapa yang menyangka, kulit oren yang biasa kita buang begitu saja ternyata ada manfaatnya. Kulit oren juga dapat kita gunakan untuk merawat gigi. Gunakan bahagian dalam kulit oren yang berwarna putih untuk menggosok gigi kuning anda. Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi akan menjadi putih secara semulajadi dan cepat. Hati-hati bagi anda yang memiliki gigi sensitif, kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya mungkin tidak sesuai untuk jenis gigi anda.


4. Memutihkan Gigi dengan Strawberi

Memutihkan Gigi dengan Strawberi

Selain enak dimakan, strawberi juga berkhasiat untuk memutihkan gigi secara semulajadi. Memakan buah-buahan dan sayuran seperti buah strawberry, epal,  dan saderi juga bermanfaat sebagai bahan semulajadi untuk memutih gigi. Anda makan seperti biasa, dan gigi anda akan menjadi sihat dan putih.


5. Memutihkan Gigi dengan Pes Gigi Semulajadi

Memutihkan Gigi dengan Pasta Gigi Alami

Untuk membuat pes gigi tradisional terlebih dahulu kita sediakan daun salam serta kulit oren. Jemur kedua-duanya sampai kering. Tumbuk hingga halus lalu tambahkan air dan diadun sampai berbentuk pes. Gunakan pes gigi semulajadi ini seperti biasa. Ramuan ini berkesan membuatkan gigi kelihatan lebih putih. 


6. Memutihkan Gigi dengan Lemon dan Garam

Memutihkan Gigi dengan Lemon dan Garam

Butlah pes gigi yang dibuat dari bahan semulajadi iaitu dari jus lemon yang ditambahkan dengan sedikit garam. Pasta gigi semulajadi dipercayai dapat membantu memutihkan gigi Anda. Tapi ingat jangan terlalu selalau menggunakannya, kerana garam dapat merosak lapisan gigi. 


7. Memutihkan gigi dengan baking soda

Memutihkan gigi dengan baking soda

Tips selanjutnya ialah dengan menggunakan baking soda. Baking soda mampu menghilangkan noda-noda yang ada pada gigi, namun jika terlalu sering digunakan baking soda akan merosak lapisan semulajadi gigi. Oleh karena itu gunakanlah baking soda untuk memutihkan gigi maksimA hanya 1 atau 2 kali dalam sebulan. Memutihkan gigi dengan cara yang satu ini sangatlah mudah. Anda hanya perlu mengoleskan baking soda ke seluruh permukaan gigi dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu beruslah gigi anda dengan pes gigi sampai bersih.




8. Memutihkan gigi dengan berhenti merokok

Memutihkan gigi dengan berhenti merokok

Perlu anda ketahui bahwa  rokok mengandung tar dan campuran tembakau yang menjadikan gigi Anda berwarna kuning. Jika Anda benar-benar ingin memutihkan gigi , sebaiknya Anda berhenti merokok mulai dari sekarang. Selain dapat memutihan gigi, merokok juga dapat membuat hidup anda lebih sihat.


9. Memutihkan gigi dengan menggunakan biji buah pinang

Memutihkan gigi dengan menggunakan biji buah pinang

Biji buah pinang bermanfaat untuk merawat gigi kita. Biji buah pinang diyakini oleh masyarakat dulu dapat membantu dalam memutihkan gigi. Caranya ialah dengan membakar biji buah pinang hingga hangus lalu ditumbuk hingga halus. Lalu gosokan serbuk yang telah halus tersebut ke gigi kita dengan menggunakan  kain cotton. Lakukan 2 minggu sekali dan Dan tunggu hasilnya.



10. Memutihkan gigi dengan memakan produk susu

Memutihkan gigi dengan mengonsumsi produk susu

Tahukah anda, beberapa produk susu yang terjual di pasaran seperti keju atau produk tenusu yang lain (yogurt) yang mengandung kalsium yang tinggi akan  membantu memutihkan dan menguatkan gigi kita. Jadi perbanyaklah mengambil makanan yang mengandung kalsium tinggi terutama susu.


11. Cara yang terakhir iaitu dengan memberus gigi anda secara teratur

Cara yang terakhir yaitu dengan menyikat gigi anda secara rutin

Tips terahir, cubalahlah untuk memberus gigi setiap hari 3x, atau minima 2x sehari  iaitu ketika bangun tidur, tengahari dan pada malam hari sebelum anda tidur, dan jangan lupa pilihlah berus gigi yang tidak berbahaya untuk gusi anda. Memberus gigi yang baik memerlukan waktu selama 3 menit. Memberus gigi juga tidak perlu dengan kuat kerana dapat merosak gusi anda. 

 

 

 #PETUAOPAH