Saturday, 28 April 2012

tips kawen muda...

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
 
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan 
anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. 
Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.




petua nk muda...hehe

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.


2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.



3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.



5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.



6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.



8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.



9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat



10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.



11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.



12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.



13. Amalkan solat tahajud.



14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.



15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.



16. Maafkan semua orang sebelum tidur.




copy ... 

TIPS PERKAHWINAN.....

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan peng...hulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


copy from drcinta

Wahai LELAKI ! Jika benar kau KASIH dan CINTAKAN wanita itu ,



1 - Jagalah dia dengan baik . . .

2 - Kasihanilah dia, lindungilah dia . . .
3 - Berilah kasih sayang padanya . . .
4 - Hargailah dia . . . 

5 - Ucapkan terima kasih atas kelebihannya . . .
6 - Nasihatilah dia . . .
7 - Bawalah dan bimbinglah dia ke jalan Allah . . .
8 - Perbetulkan khilafnya (kesilapan) . . .
9 - Bersabar dengannya . . .
10 - Terimalah dan cintailah kekurangannya . . .
11 - Jadi imam terbaik dan redhalah padanya . . .


Semoga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu . . .


copy from...
Petua Untuk Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
 

Sunday, 1 April 2012

ciri2 perempuan idaman lelaki

1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin

 Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.
copy from...

RAHSIA DISEBALIK MATA...

Mata memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan dengan melihat mata mungkin kita dapat mengetahui rahsia atau perwatakan seseorang.



SAIZ MATA KECIL


  • Peramah, banyak cakap, kurang  pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan  kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan  syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDANG

  • Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta  perlukan belaian mesra suami.


SAIZ MATA LEBAR

  • Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


MATA SELALU BERKEDIP

  • Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik


MATA JARANG BERKEDIP

  • Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


MATA CENGKUNG

  • Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


MATA REDUP

  • Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR

  • Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

 
copy from :